Penyertaan pertandingan Sugandoi Songkotoun Peringkat Negeri Sabah 2009 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:-
1.0 SYARAT KELAYAKAN
1.1 Peserta hendaklah seorang Warganegara Malaysia dari suku kaum KadazanDusun.
1.2 Peserta hendaklah berumur 50 tahun ke atas (genap pada 31 Mei 2009).
1.3 Yuran penyertaan ialah RM20.00 sahaja (tidak dikembalikan).
2.0 SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua penyanyi KadazanDusun di Malaysia.
2.2 Semua peserta diwajibkan membawa Kad Pengenalan Asal pada hari pendaftaran.
3.0 SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Peserta hendaklah membawa satu (1) buah lagu (Lagu tahun 60an) semasa pertandingan Suku Akhir / Separuh akhir dan Pertandingan Akhir.
[url=http://www.kadusmusic.com/portal/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2775&forum=4] (Sila lihat rujukan senarai lagu)[/url]
3.2 Peserta akhir tidak boleh menukar lagu asal yang telah dibawa semasa pertandingan separuh akhir.
3.3 Semua lagu yang dibawah hendaklah dalam KadazanDusun tulen yang berunsur bersih.
3.4 Hanya 10 peserta akan di pilih ke Pertandingan Separuh Akhir dan 7 peserta ke Pertandingan Akhir.
4.0 SYARAT PERSEMBAHAN
4.1 Peserta hendaklah menjaga disiplin masing-masing semasa pertandingan.
4.2 Peserta diwajibkan memakai pakaian berkonsepkan tradisional KadazanDusun semasa pemilihan awal dan pertandingan akhir.
5.0 PENGADIL
5.1 Penilaian akan dilakukan oleh pengadil-pengadil profesional mengikut kaedah penilaian yang telah ditetapkan.
5.2 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.
6.0 HADIAH
6.1 Hadiah-hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil akan disediakan oleh pihak penganjur seperti berikut:
Johan : RM600.00 + Piala + Sijil + Hamper
Naib Johan : RM400.00 + Piala + Sijil + Hamper
Ketiga : RM300.00 + Piala + Sijil + Hamper
2 Saguhati : RM100.00 + Sijil
7.0 JADUAL PENDAFTARAN/TAKLIMAT & PERTANDINGAN
7.1 16 Mei 2009 (Sabtu)
a) Taklimat / Pendaftaran - Jam: 9.00 pagi – 2.00 petang
b) Pertandingan Separuh Akhir - Jam: 2.00 petang – 6.00 malam
7.2 22 Mei 2009 (Jumaat)
a) Latihan Pagi - Jam: 9.00 pagi – 2.00 petang
Cabutan No. Giliran (7 Peserta)
b) Raptai Penuh - Jam: 7.00 malam – 11.30 malam
7.3 23 Mei 2009 (Sabtu)
a) Latihan - 2.00 petang – 6.00 petang
b) Pertandingan Akhir - Jam: 6.00 petang - 11.00 malam
7.4 Tempat pendaftaran, taklimat, latihan dan pertandingan Sugandoi Songkotoun adalah di Kafe Koisaan / Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang.
8.0 HAK PENGANJUR
8.1 Penganjur berhak:-
i) melantik kugiran pengiring;
ii) menentukan giliran peserta dan turutan lagu yang dipertandingkan;
iii) menentukan sesebuah lagu yang dibawa adalah termasuk dalam kategori lagu pertandingan;
iv) melantik pengadil serta menetapkan kaedah penilaian peserta;
v) membuat rakaman/pengeluaran audio dan visual ke atas Sugandoi Songkotoun 2009 dalam bentuk kaset/vcd;
8.2 Penganjur berhak untuk membatalkan/menggugurkan peserta yang melanggar peraturan seperti berikut:
i) tidak datang mendaftar pada tarikh yang ditetapkan;
ii) tidak hadir mana-mana sesi taklimat atau latihan yang telah dijadualkan;
iii) berkelakuan tidak senonoh serta tidak mematuhi arahan semasa proses pertandingan dijalankan.
8.3 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kecederaan atau kemalangan yang berlaku ke atas peserta di sepanjang latihan / pertandingan.
8.4 Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kemudahan penginapan dan pengangkutan.
8.5 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana syarat ini mengikut kesesuaian dan kelicinan proses pengurusan pertandingan.
9.0 PENYERTAAN
9.1 Peserta hendaklah melengkapkan borang penyertaan (Sila lampirkan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan) dan hendaklah dihantar kepada alamat berikut:-
Urusetia
Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2009
KadazanDusun Cultural Association (KDCA)
Hongkod Koisaan, Km. 8 Jalan Penampang
WDT 39, 89509 Penampang.
Tel: 088-713696 /088-713337 /Fax no: 088-713350
(Maureen / Rita / Munam)
No comments:
Post a Comment