Penyertaan pertandingan Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Sabah 2009 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:-
1.0 SYARAT KELAYAKAN
1.1 Peserta hendaklah seorang Warganegara Malaysia dari suku kaum KadazanDusun.
1.2 Peserta hendaklah berumur 13 tahun ke bawah (genap pada 31 Mei. 2009).
1.3 Yuran penyertaan ialah RM15.00 sahaja (tidak dikembalikan).
2.0 SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua penyanyi KadazanDusun di Malaysia tidak kira dari mana daerah/sekolah.
2.2 Semua peserta diwajibkan membawa Kad Pengenalan/Sijil Lahir Asal pada hari pendaftaran.
3.0 SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Peserta hendaklah membawa satu buah lagu sahaja semasa pertandingan separuh akhir dan dua buah lagu di pertandingan akhir.
3.2 Semua lagu yang dibawah hendaklah dalam KadazanDusun tulen yang berunsur bersih.
3.3 Hanya 10 peserta sahaja yang dipilih ke pertandingan akhir.
3.4 Peserta hendaklah menggunakan iringan musik ‘minus one’ yang disediakan sendiri dalam bentuk cakera padat (CD).
3.5 Johan Sugandoi Dazanak 2009 akan dijemput untuk membuat persembahan nyanyian semasa pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan 2009.
4.0 SYARAT PERSEMBAHAN
4.1 Peserta hendaklah menjaga disiplin masing-masing semasa pertandingan.
4.2 Peserta diwajibkan memakai pakaian berkonsepkan tradisional KadazanDusun semasa pemilihan awal dan pertandingan akhir.
5.0 PENGADIL
5.1 Penilaian akan dilakukan oleh pengadil-pengadil profesional mengikut kaedah penilaian yang telah ditetapkan.
5.2 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.
6.0 HADIAH
6.1 Hadiah-hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil akan disediakan oleh pihak penganjur seperti berikut:
Johan : RM500.00 + Piala + Sijil + Hamper
Naib Johan : RM350.00 + Piala + Sijil + Hamper
Ketiga : RM250.00 + Piala + Sijil + Hamper
7 Saguhati : RM100.00 + Sijil
Bintang Popular : RM150.00
7.0 JADUAL PENDAFTARAN/TAKLIMAT & PERTANDINGAN
7.1 16 Mei 2009 (Sabtu)
a) Taklimat/ Pendaftaran - Jam: 9.00 pagi – 11.00 pagi
b) Separuh akhir - Jam: 9.30 pagi – 1.00 petang
7.2 17 Mei 2009 (Ahad)
a) Taklimat 10 Peserta/ Latihan - Jam: 9.00 pagi – 1.00 petang
Cabutan No. Giliran
b) Pertandingan akhir - Jam: 6.00 petang
7.3 Tempat pendaftaran, taklimat, latihan dan pertandingan Sugandoi Dazanak adalah di Kafe Koisaan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang.
8.0 HAK PENGANJUR
8.1 Penganjur berhak:-
i) menentukan giliran peserta dan turutan lagu yang dipertandingkan;
ii) melantik pengadil serta menetapkan kaedah penilaian peserta;
iii) membuat rakaman/pengeluaran audio dan visual ke atas Sugandoi Dazanak 2009 dalam bentuk kaset/vcd;
8.2 Penganjur berhak untuk membatalkan/menggugurkan peserta yang melanggar peraturan seperti berikut:
i) tidak datang mendaftar pada tarikh yang ditetapkan;
ii) tidak hadir mana-mana sesi taklimat atau latihan yang telah dijadualkan;
iii) berkelakuan tidak senonoh serta tidak mematuhi arahan semasa proses pertandingan dijalankan.
8.3 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan CD minus one iringan musik peserta di sepanjang latihan/pertandingan.
8.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kecederaan atau kemalangan yang berlaku ke atas peserta di sepanjang latihan /pertandingan.
8.5 Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kemudahan penginapan dan pengangkutan.
8.6 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana syarat ini mengikut kesesuaian dan kelicinan proses pengurusan pertandingan.
9.0 PENYERTAAN
9.1 Peserta hendaklah melengkapkan borang penyertaan (Sila lampirkan salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan) dan hendaklah dihantar kepada alamat berikut:-
Urusetia
Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2009
KadazanDusun Cultural Association (KDCA)
Hongkod Koisaan, Km. 8 Jalan Penampang
WDT 39, 89509 Penampang.
Tel: 088-713696 /088-713337 /Fax no: 088-713350
(Maureen / Rita / Munam)
No comments:
Post a Comment