Penyertaan pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2008 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:
1.0 SYARAT KELAYAKAN
1.1 Peserta hendaklah seorang Warganegara Malaysia dari suku kaum KadazanDusun yang berumur 18 tahun ke atas.
1.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua penyanyi KadazanDusun di Malaysia.
1.3 Peserta yang pernah memenangi gelaran Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri adalah tidak layak menyertai pertandingan ini.
2.0 SYARAT PERWAKILAN
2.1 Peserta yang layak menjadi wakil hendaklah yang telah menjadi johan pertandingan Sugandoi 2009 peringkat daerah atau daerah kecil seluruh negeri Sabah termasuk juga Klang Valley Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) boleh menghantar 3 orang wakil.
2.2 Borang penyertaan berserta skor asal keputusan pertandingan daripada pengadil hendaklah disahkan dengan cop rasmi Pegawai Daerah atau Penyelaras KDCA di daerah/kawasan berkenaan.
2.3 Peserta yang mewakili sesuatu daerah/kawasan ke pertandingan peringkat negeri tidak dibenarkan menjadi pengadil di mana-mana penganjuran pertandingan Sugandoi pada tahun berkenaan.
2.4 Semua peserta diwajibkan membawa Kad Pengenalan Asal pada hari pendaftaran.
3.0 SYARAT PEMILIHAN LAGU
Pertandingan Separuh Akhir
3.1 Peserta hendaklah membawa satu buah lagu sahaja iaitu lagu wajib. ([url=http://www.kadusmusic.com/portal/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2774&forum=4]Sila rujuk senarai lagu wajib[/url]).
3.2 Hanya 10 peserta sahaja yang dipilih ke Pertandingan Akhir.
Pertandingan Akhir
3.3 Peserta hendaklah membawa dua buah lagu iaitu:
i) Sebuah lagu Wajib
ii) Sebuah lagu Pilihan (Hendaklah lagu KadazanDusun tulen yang berunsur bersih atau yang dipilih daripada [url=http://www.kadusmusic.com/portal/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2774&forum=4]senarai lagu wajib[/url])
3.4 Peserta akhir tidak boleh menukar lagu wajib asal yang telah dibawa semasa pertandingan separuh akhir.
4.0 SYARAT PERSEMBAHAN
4.1 Peserta hendaklah menjaga disiplin dan ditegah daripada mengambil benda yang memabukkan/mengkhayalkan semasa latihan/pertandingan.
4.2 Peserta diwajibkan memakai pakaian berkonsepkan tradisional KadazanDusun semasa pemilihan awal dan pertandingan akhir.
5.0 PENGADIL
5.1 Penilaian akan dilakukan oleh pengadil-pengadil profesional mengikut kaedah penilaian yang telah ditetapkan.
5.2 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan.
6.0 HADIAH
6.1 Hadiah-hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil akan disediakan oleh pihak penganjur seperti berikut:
a) Johan : RM2,000.00 + Piala + Sijil
b) Naib Johan : RM1,500.00 + Piala + Sijil
c) Ketiga : RM1,000.00 + Piala + Sijil
d) 7 Saguhati : RM 200.00 + Sijil
e) Penyanyi Popular : RM 300.00
7.0 JADUAL PENDAFTARAN, TAKLIMAT, LATIHAN & PERTANDINGAN
7.1 19 Mei 2009 (Selasa)
a) Pendaftaran/Taklimat -Jam: 9.00 pagi – 11.00 pagi
b) Latihan Sesi Petang -Jam: 12.00 t/hari – 6.00 petang
c) Latihan Sesi Malam -Jam: 7.00 malam – 11.30 malam
7.2 20 Mei 2009 (Rabu)
a) Latihan -Jam: 9.00 pagi – 6.00 petang
7.3 21 Mei 2009 (Khamis)
a) Latihan Sesi Pagi - Jam: 9.00 pagi – 1.00 petang
b) Separuh Akhir - Jam: 6.00 petang
7.4 22 Mei 2009 (Jumaat)
a) Latihan 10 Peserta Akhir - Jam: 9.00 pagi – 2.00 petang
(Demo lagu pilihan mestilah dibawa) - Cabutan Nombor Giliran
b) Raptai Penuh - Jam: 7.00 petang – 11.30 malam
7.5 23 Mei 2009 (Sabtu)
a) Latihan - Jam: 9.00 pagi – 1.00 petang
b) Sugandoi Akhir -Jam: 6.00 petang
7.6 Tempat pendaftaran, taklimat, latihan dan pertandingan sugandoi adalah di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang.
8.0 KEISTIMEWAAN PESERTA
8.1 Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan penginapan kepada semua peserta mulai daripada 19 Mei 2009 hingga 23 Mei 2009. Peserta yang tidak memilih kemudahan penginapan ini boleh mencari penginapan di luar atas tanggungan sendiri.
8.2 Kemudahan pengangkutan peserta juga disediakan dalam lingkungan kawasan tempat penginapan peserta dan KDCA.
8.3 Kesemua sepuluh peserta akhir akan ditawarkan untuk menandatangani surat perjanjian kontrak selama satu tahun bagi menjalankan aktiviti kesenian yang ditetapkan oleh penganjur.
9.0 HAK PENGANJUR
9.1 Penganjur berhak:
i) melantik kugiran pengiring;
ii) menentukan giliran peserta dan turutan lagu yang dipertandingkan;
iii) menetapkan senarai lagu-lagu wajib;
iv) melantik pengadil serta menetapkan kaedah penilaian peserta;
v) membuat rakaman/pengeluaran audio dan visual ke atas Sugandoi Kaamatan 2009 dalam bentuk kaset/vcd;
vi) melantik tiga panel pemerhati tingkahlaku peserta bagi mengenakan penolakan atau penambahan markah bonus setiap peserta.
9.2 Penganjur berhak untuk membatalkan/menggugurkan peserta yang melanggar peraturan seperti berikut:
i) tidak datang mendaftar pada tarikh yang ditetapkan;
ii) tidak hadir mana-mana sesi taklimat atau latihan yang telah dijadualkan;
iii) berkelakuan tidak senonoh serta tidak mematuhi arahan semasa dalamtempohpengawasanpenganjuriaitubermuladaritarikhpendaftaran sehinggalah tamat pertandingan.
9.3 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apaapa kecederaan atau kemalangan yang berlaku ke atas peserta di sepanjang latihan /pertandingan.
9.4 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengubah manamana syarat ini mengikut kesesuaian dan kelicinan proses pengurusan pertandingan.
10.0 PENYERTAAN
10.1 Peserta hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan dihantar kepada alamat berikut:-
Urusetia
Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2009
KadazanDusun Cultural Association
(KDCA) Hongkod Koisaan, Km. 8 Jalan Penampang
WDT 39, 89509 Penampang.
Tel: 088-713696, 088-713337
Fax no: 088-713350
(Maureen / Rita / Munam)
10.2 Tarikh tutup penerimaan borang penyertaan ialah pada 19 Mei 2009 (waktu pendaftaran) jam 1.00 petang. Borang penyertaan yang lewat sampai tidak akan diterima.
No comments:
Post a Comment