Tuesday, May 20, 2008

Peserta Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008


Oleh: George Duat


Seramai 32 orang peserta yang mewakili daerah-daerah seluruh Sabah bakal berentap dalam pertandingan separuh akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri pada 21 Mei 2008.

Mereka merupakan pemenang-pemenang pertandingan Sugandoi Kaamatan di daerah masing-masing yang telah diadakan lebih awal. Sepuluh orang peserta terbaik akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri pada 23 Mei 2008.

Sesiapapun yang berjaya ke peringkat akhir nanti, pastinya akan memberikan persembahan yang mantap kerana kesemua peserta yang akan bertanding hebat-hebat belaka. Sebahagian daripada peserta sudah berpengalaman bertanding dalam Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri. Ada juga di kalangan peserta yang berpengalaman menyertai rancangan “reality show” seperti One In A Million, Gangstars, Sabah Idol, KDM Idol dan sebagainya.

Sebagai makluman, pertandingan akhir Sugandoi Songkotoun juga akan diadakan pada malam 23 Mei 2008. Sugandoi Songkotoun mempunyai keunikan yang tersendiri kerana akan menampilkan peserta yang berumur 50 tahun ke atas dan menyanyikan lagu-lagu 60an Kadazandusun.

Tiket-tiket untuk makan malam sempena Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008, masih boleh didapati melalui Urusetia, Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri di 088-713696 dan 088-713337.

No comments: