Oleh: KaDuS (KaDus Entertainment)
Kini terjawaplah teka-teki tentang siapa yang akan berentap di pentas final Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2008. Sepuluh orang finalis dari 33 orang peserta separuh akhir berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir yang akan diadakan pada 23 Mei 2008 bertempat di Dewan KDCA, Penampang.Seperti yang telah dinyatakan di atas, seramai 33 peserta separuh akhir telah beraksi di pentas separuh akhir. Pusingan ini telah diadakan pada 21 Mei 2008, juga di dewan KDCA, Penampang. Kesemuanya telah menunjukkkan kebolehan serta bakat yang tersendiri, namun pihak juri yang diketuai oleh En. George Motuyun terpaksa membuat keputusan untuk menyingkirkan 23 peserta lain dan memilih 10 yang terbaik daripada himpunan mereka yang berbakat besar. Pihak juri mengakui yang mereka menghadapi kesulitan dalam membuat keputusan itu, namun tugas tetap dan telah dijalankan. Sepuluh finalis untuk Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan 2008 telah dikenalpasti dan dipilih.
Finalis yang yang datang dari serata negeri Sabah ini kini memiliki satu misi yang sama, menjadi Johan Sugandoi Kaamatan 2008. Namun ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap seorang finalis ini datang dari pelbagai latar belakang, pakej dan bakat yang sudah semestinya berbeza antara satu sama lain. Masing-masing berazam untuk mengatasi satu sama lain dalam usaha untuk mengejar gelaran Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2008.Mereka terdiri dari Aniza Aladin (Keningau), Leo Jaslee Tadi (Api-Api), Siti Norzila Majilin (Sook), Georgia Joy C. Binsol (Putatan), Malvin Kalbin (Tongod), Adolf Jamit (Papar), Anuar Nujipin (Tenom), Fredonna Francis (Sandakan), Riskilanica Baltius (Beluran) dan Ervinna Benjamin (Tambunan). Tidak banyak kejutan yang dapat dilihat dari senarai finalis ini. Sememangnya mereka adalah calon terbaik pilihan juri untuk mewarnai pentas final nanti.
Kehadiran artis-artis tempatan negeri Sabah di antaranya Clarice John Matha, Meeda Hamzani, Janrywine J. Lusin, Apai dan Narsisius J. Misin juga turut membuktikan yang mereka menyokong bakat-bakat yang ada dan yakin terhadap barisan pelapis yang akan mengambil tempat mereka suatu hari nanti.Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Johan Sugandoi Kaamatan 2008? Persoalan akan terungkai apabila kita melangkah ke Pentas Final yang akan diadakan pada 23 Mei 2008. Oleh itu, marilah kita bersama-sama hadir dan memberi sokongan kepada barisan bintang baru negeri Sabah ini.
Wajah-wajah finalis Sugandoi Kaamatan 2008.